Background

Pages

Showing posts with label Mahkota Hotel n Apartment. Show all posts
Showing posts with label Mahkota Hotel n Apartment. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Melaka AKClan Trip - Day 3

Assalamualaikum..


Isnin lepas bfast, siap nak checkout trus.. Haa hari ni barulah hr berjalan2 sambil tekejar2 masa hahaha.. Singgah Hatten Square, Sya nak cuci poket dekat H&M.. Memandangkan aku dah cuci poket dekat H&M last month, so mari cuci mate jelah..


Owh ni pakai instant shawl buat sindri.. Instat Shawl Aulia..

Pinjam spec Nayra..

Berjalan kaki dari Hatten Square nak cari Restoran Big Nyonya.. Skali jauh kemain n tutup pulak hari Isnin.. trus singgah Restoran Ole Sayang.. Order asam pedas lagi.. Mesti yea.. Dah datang Melaka mesti makan asam pedas sampai puas hati.. Asam pedas cara nyonya tak pedas n masam sket. Tetap sedap sangat.


Asam Pedas Jenahak
Bendi Sambal
Sambal Udang Petai
Telur Dadar

Dari Hatten Square trus ke Klebang.. tapi singgah jap kat Limbongan nak beli kuih keria.. Ikut waze hampeh bawak salah jalan.. Sebenarnye tak payah masuk mane2 simpang pun.. Trus je ikut jalan ke Klebang.. nanti kedai dia belah kanan tepi jalan besar.. Sebelah masjid kaler ijau kuning.. Gambar takde, husband dah transfer pegi komputer lain..

Lepas tapau tiga bungkus, trus p Klebang yang tak jauh mana pun dari situ.. Mula aku bajet nak pegi tepi pantai la.. Rupanya ada kedai besar ni jual coconut shake.. Baru la tau.. Siap ada jual kuih muih n nasi lemak.. Hari isnin pun ramai orang kat sini.. weken sure lagi pack..


Coconut Shake Klebang

Dari Klebang patah balik ke Ayer Keroh sebab nak pegi Melaka Butterfly & Reptile Sanctuary.. Tutup pukul 530.. Kami sampai situ pukul 5... hahaha .. Pegi Zoo Melaka pulak, still boleh masuk.. tapi dia bagi masa setengah jam je.. Sebab zoo dah nak tutup.. Tak mampu aku nak marathon lagi dalam zoo.. Maka terpinga-pinga la semua hahahaha.. tula last day baru nak berjalan... memang la tak sempat..

Ingat nak gerak balik dah.. Skali Ad cakap dia nak singgah rumah mak mertua dia dulu. dekat area tesco sana.. So marilah join.. dapat la rehat jap n mandi manda.. Lepas maghrib gerak balik KL. Malam singgah makan di Medan Selera Ayer Keroh. Again order asam pedas haha.. tapi kali ni pedas.. Sedap jugak.. Pelbagai cara masak asam pedas dah cube.. Semua pun sedap bagi aku.. So tapau yang ni semangkuk balik KL..


Asam Pedas Pari meletop mulut..
Telur dadar

Alhamdulillah kami selamat sampai di depan pintu rumah pukul 1115 malam gitu...
Berjaya jugak first trip kami bersama.. Hopefully the next trip will be successful macam ni..

Thursday, May 14, 2015

Melaka AKClan Trip - Day 2

Assalamualaikum..

Pagi ahad breakfast dekat hotel je.. Plan nak bawak anak-anak swimming kensel, ujan lebat.. Lepak je kat apartment sampai tengahari.. Man Shasha stay satu malam je so nak check out n balik dah.. Diorang la yang ajak datang becuti kat sini.. Kami n Ad Sya memang dah plan tambah semalam lagi.. Sebab rasa kejap sangat.. Since Man Shasha dah balik, kami tukar ke apartment 2 bilik pulak.. Lunch kat apartment je masak apa barang yang ada..


Budak yang dah siap awal pagi




Breakfast..


Rakan sebaya..

Lunch
Nasi Putih
Sambal Tumis Ikan Bilis
Lamb Chop
Grill Chicken
Kentang Carrot n Broccoli rebus

Petang turun swimming kejap.. Swimming pool kat sini ada dua.. tapi kami mandi yang belah blakang sebab pool budak2 kat situ menarik sket.. Husband n Ad pegi main mini golf..

 View swimming pool dari balcony..



Semua happy dapat swimming..

Lepas swimming, naik atas semua teguling tido.. Plan nak keluar petang tu bawak ke lepas maghrib.. Sian pulak nak kejut budak2 bangun tido.. Malam trus ke Seri Muara Alai Hj Nasir Ikan Bakar..


Menu Dinner
Nasi Lemak
Ikan Jenahak Bakar
Sotong Bakar
Sotong Goreng Tepung
Ketam Berlada Telur Masin


The power of Ipad.. Layan lagu kanak2.. haha

Ni sampai Jonker Street apa pun takde dah.. Kul 11 time nie.. So layan cendol, pun kedai makcik ni dah nak tutup.. Sedap cendol die.. Uncle tu bagi rasa sebiji last buah melaka.. Aku la sebat.. Sedap ya ampunnn.. Aku xpenah tau pun ada kedai ni.. Ok boleh repeat lagi skali nanti..


Kedai Aku & Dia
23, Jalan Hang KasturI, 75100 Melaka


Marilah begambar sebab dah takde apa nak buat..
 
 Jonker Street..

 Ad Sya family

Hard Rock Melaka

Sungai Melaka



Layan abg beca tengah malam..

Wednesday, May 13, 2015

Melaka AKClan Trip - Day 1

Assalamualaikum..

Ke Melaka lah kite weken lepas.. Amik cuti sampai Isnin sebab nk explore Melaka lah konon nye.. Tapi end up lepak je kat hotel xkeluar dari Sabtu sampai Ahad.. Isnin baru nk merayap sampai xcukup masa hahaha..

Meh kite start cite hari Sabtu.. Malam before gerak, Aulia tetiba demam.. Dia ni memang standard suke demam naik tengah malam.. Sambil ngemas itu ini barang makanan, monitor la suhu dia.. Kul 3 pagi tertido sampai alarm bunyi kul 6.. hah mengelabah sebab xsedar.. takut suhu Aulia makin naik.. Alhamdulillah nampak stabil.. Ok boleh proceed ke Melaka.. Kelam kabut pulak masak sambal tumis bagai n kemas baju..



Otw ke Melaka singgah jumpa En Ilias, partner Kieran food product. Order frozen lamb chop and chicken grill. Bekalan di Melaka nanti. Sampai di Melaka around pukul 12 lebih.. Stop jap Petronas bagi Aulia mandi sebab badan dia panas balik.. Then trus ke Klinik Metro.. Bertapa sejam kat Klinik sebab doc kuar lunch.. Then trus ke Asam Pedas Selera Kampung.

Restoran Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square,
Bandar Hilir Melaka

Pas lunch, check in kat apartment je. Kami stay dekat Mahkota Hotel. Ambik apartment 3 bilik. Sangat selesa tempat ni. Ad Sya n Man Shasha pegi jalan Mahkota Parade.. Since Aulia masih demam n aku cerry berry.. Jadi kami rehat jelah kat apartment.. Husband layan amik gambar Melaka dari balcony apartment..












Malam dinner steamboat, sponsored by Ad n Sya.. Bila bercuti dengan anak-anak, kadang masak kat aparment lebih selesa.. Takla asyik kene keluar tiap kali nak makan.. Tengah malam suhu Aulia naik tinggi balik. Sampai kene masuk ubat bontot.. Lepas tu trus reda demam dia.. Alhamdulillah..

Happy Neeya n Aulia

 



 Nayra  scientist..

Romantik sangat lampu apartment ni..

Baby Farah Wahida..

End of day 1..