Background

Pages

Thursday, February 7, 2013

Guide ke Singapore dengan kereta..

Dah few times aku masuk Singapore naik kereta.. tapi bukan aku yang drive, sama ada akak atau abang ipar aku.. So aku tak la fedulik sangat rules ke apa yg wajib ada ke.. Janji aku bawak passport ngan kad putih sudah.. Ni aku share checklist aku buat sendiri lah lepas last minute punye plan.. Alhamdulillah perjalanan kitorang xde masalah pegi dan balik.. Hubs drive dari Sg Besi sampai lah ke Jurong.

Checklist:
1.    Touch N Go.
2.    Passport n kad putih. Kad putih ni kalau takde jangan risau boleh ambik nanti dekat imigresen Singapore. Nanti aku cerita macam mana.
3.    Dokumen kereta - Geran kereta dan insurans. Ni untuk apply Autopass card.
4.    Swipe AUTOPASS card dekat imigresen Singapore time masuk dan keluar.

Tips :
1.   Google Map and GPS sangat disarankan.
2.   Isi minyak penuh-penuh sebelum masuk Singapore. If lalu Tuas, boleh isi dekat RnR Gelang Patah.   



Disebabkan kitorang lalu Tuas, Touch N Go sangat penting. Sebab lepas susur ke arah 2nd Link ni, semua tol adalah tak ada Tunai. Maknanye semua laluan tol tu Touch N Go saje. Smart Taggie aku xprasan pulak. Tapi still Smart Taggie guna Touch N Go kad kan. Dari tol Sg Besi sampai tol Senai RM39.80 lebih kurang lah.. Lepas tu ada lagi dua tol, tol Lima Kedai RM3.90 dan tol Tuas kot RM7.90.. Aku tak prasan if ada lagi tol ke tak lepas tu.. Masa ni dok kalut amik gambar atas arahan hubs.. Sebok lah nak check-in..





Dekat imigresen Malaysia takde pape just bagi passport dia check then jalan.. Jalan sangat lah lengang takde kereta ok. Sampai imigresen Singapore kereta agak banyak tengah beratur nak check passport. Sampai turn, bagi passport then bagitau officer tu yang kitorang takde kad putih. Nanti dia suruh pegi depan sikit park kereta n masuk bangunan blok A kot.. hahaha aku lupa. Park keta situ then jalan masuk office blok yang depan sekali betul2 tepi tempat queue check passport. Lepas submit kad putih dan check passport, diorang akan bagi balik slip kecik kad putih. Jangan hilang kan slip nie. Nanti mase keluar diorang akan check n amik slip tu. Bergerak ke blok B pulak untuk register Autopass card.. Aku sempat amik extra kad putih buat spare untuk trip lenkali..



Autopass card ni wajib ada untuk keluar masuk Singapore, ERP dan parking dalam bandar. Kena bawak geran kereta dan insurans kereta yang terbaru. Aku bawak je semua yang bank bagi lepas renew roadtax hari tu.. Form Autopass ni ada diorang letak kat tepi bangunan tu je. Lalu memang boleh nampak. Lepas submit form tu dengan dokumen kereta dekat officer yang jaga tu, then bayar S$10. Nanti diorang akan swipe card tu untuk kitorang masuk Singapore dan bagi pamplet Autopass. Baki dalam tu ada S$4 then aku pegi 7e dekat Jurong topup lagi sebab nak meronda. Dekat imigresen ni tak sediakan service topup. Time keluar dari Singapore ni kena ingat swipe balik Autopass tu, menandakan kite dah keluar dari Singapore. Swipe dekat kaunter check passport imigresen Singapore.

Kalau masuk Singapore hari weekend, ERP adalah free. Boleh pusing satu Singapore.. hehe
Boleh refer sini untuk lebih lanjut pasai Autopass..


Before pegi aku dah google siap-siap address rumah cusin tu. Aku guna google map yang siap tunjuk persekitaran real and jalan kat situ.. Sebab jalan dari Tuas ke Jurong ni tak susah n sket je kona-kona, jadi boleh la hafal sket. Time jalan-jalan dalam Singapore, kitorang guna GPS je. GPS sangat di sarankan yea. Adik ipar aku download Sygic GPS trial version dalam tab dia. Naseb xpayah nak ada internet pun boleh guna, jadi mudah la.. hehehe

Wednesday, February 6, 2013

NICC 2013

Hari sabtu lepas bawak Izz Rafique pegi tengok game ragbi dekat UPM. Petang tu boring je tak buat ape kat rumah.. Nak pegi jalan2 pun Hubs penat coz baru balik keje pagi tu.. So dia ajak pegi tengok ragbi je..  plus dekat dengan rumah.. Jadi mari la kita..


Spiderman, Spiderman Hitam, Pasirman, Lizardman n Ben-10. 
Toys wajib bawak beside Otomen.. hehe

Wednesday, January 30, 2013

My Mini Diaper Cake

 Made this for my lovely nephew.. Will take order soonnnn..
Price range from RM55-RM90..



Monday, January 21, 2013

Prego Carbonara Mushroom

Hari nie topik masak-masak yea.. Last month aku try masak carbonara. Simple je guna Sos Prego. Dulu mase dekat MMU ada stall western bawah hostel. Carbonara dia simple tapi jadi kegilaan aku.. Skang feberet aku dekat The Gate Cafe.. Tapi tu kat Tepeng.. kalau nak makan kena tunggu time balik sana..

Ni aku masak tak guna banyak bahan.. Tengok.. simple sangat eh..


Bahan-Bahan :
1 tin sos Prego Carbonara Mushroom
1 kotak kecil Full Cream Milk Dutch Lady (patut susu segar.. tapi tak jumpa yang dalam kotak kecik)
Bawang Besar dihiris
Cendawan Butang (aku beli yang dalam tin tu) dihiris
Ayamas Chicken Meatloaf dipotong kecik-kecik
Mentega

Cara-Cara:
Panaskan air, masukkan garam secubit dan rebus Spaghetti. Aku guna Angel Hair.
Panaskan mentega dalam kuali.. masukkan bawang besar, cendawan dan chicken meatloaf.
Agak dah masak, masukkan sos Prego.
Kacau sekejap, masukkan susu dan kacau sebati. Susu nie ikut sukatan sendiri la. Kalu banyak susu, banyak la dapat kuah. Kuah pun jadi tak pekat sangat..
Bile dah masak, masukkan spaghetti dalam pinggan dan letak kuah kat atas..
Haa simple je kan..

Friday, January 18, 2013

IQra Milk..Susu istimewa yang ditambah dengan bacaan Ayat al-Quran 30 Juzuk


ISTIMEWA untuk anak kesayangan anda yang berusia 1 hingga 3 tahun, disediakan susu penuh krim dengan nutrien lengkap untuk kesihatan dan pembesaran.

Bagi membantu perkembangan mental dan fizikal, susu istimewa ini ditambah dengan khasiat-khasiat herba dan buah-buahan istimewa dan terpilih (Kismis, Badam, Kurma, Delima, Za'faran, Strawberi dan Buah Tin) . Herba dan buah-buahan tersebut telah dikenal pasti keistimewaan dan khasiatnya. 


Juga terdapat SUSU istimewa IQRA MILK yang dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas. Juga amat sesuai untuk remaja dan dewasa, lelaki dan perempuan.

Susu berperisa coklat ini diadun bersama herba-herba dan buah-buahan terpilih yang penuh khasiat. Jadi, meminum IQRA MILK setiap hari akan memperoleh khasiat tambahan dari herba dan buah-buahan terpilih di samping rasanya yang lazat.

Paling istimewa sekali IQRA MILK ditambah dengan bacaan Ayat al-Quran 30 Juzuk menjadikan ia susu yang sangat berbeza dengan susu yang ada di pasaran.

Lebih dari itu, IQRA MILK disediakan dengan mementingkan kebersihan, halal dan toyyiban.

 BERAT KANDUNGAN : 650gm

 HARGA : RM48.90/KOTAK

PROMOSI!!
HARGA : RM46/KOTAK

*Price not include postage

Untuk maklumat lebih lanjut sila lawat ke blog Daisee Baby