Background

Pages

Saturday, March 2, 2013

Farewell Lunch Faezah n Kak Hani

Hari Jumaat lunch break lama sikit. So farewell lunch kali ni dekat Bumbu Desa KLCC.
KLCC time lunch memang sangat crowded. Semua restoran orang dok beratur tunggu turn.. Erghh gigih sungguh diorang nie beratur.. Naseb kitorang dah siap buat booking..

Takde gambar mereka yang di raikan. Sebab dah lapar sangat.. Sampai je terus makan tak pandang kiri kanan dah..

 Ikan Talapia tak tau masak ape.. Masinn..

 Sambal udang.. Sedapp sangat..

Ayam Kampung Goreng..
 
Aku order air tembikai.. Kaler nye pink je ngan rasa manis je lebih.. Lauk kangkung belacan ngan sambal terung sampai lepas abis makan.. Even kitorang dah siap pilih menu time buat booking lagi. Aku ratah je lah, sedap jugak.. Maybe pegi time lunch, ramai orang.. Servis pun so so je.. Desert tak banyak pilihan, ada tiga je kot.. tak jadilah nak order.. 

 

Friday, March 1, 2013

Office 1st Townhall Meeting & Chinese New Year Luncheon 2013

Kali ni 1st Townhall Meeting 2013 sekali dengan Chinese New Year celebration.. Start pukul 10 until 2.. Tapi kul 10.30, aku ngan Sue lari jap ke JJ belikan farewell gift untuk Kak Hani n Faezah.. Esok ada farewell lunch untuk diorang kt KLCC.. Bile balik ofis tengok meeting dah watamat dan orang dah start makan.. sekejapan pulak meeting kali ni.. So kitorang pun masuk untuk makan jelah..


Food dari thai cafe caterer..


 First time aku cube Meng Kam.. sedap gak..
Pucuk kadok + bawang + cili padi + limau + halia + udang kering + kacang + sambal 


Ini dari HSE committee.. Kesedaran tentang penggunaan Styrofoam food containers..
Dapat sorang satu. Jadi kalau nak tapau food pasni sile bawak bekas ni.
Say No to Styrofoam Food Containers..



Ini plak doorgift sempena Chinese New Year.. Kuih loyang..

Thursday, February 7, 2013

Guide ke Singapore dengan kereta..

Dah few times aku masuk Singapore naik kereta.. tapi bukan aku yang drive, sama ada akak atau abang ipar aku.. So aku tak la fedulik sangat rules ke apa yg wajib ada ke.. Janji aku bawak passport ngan kad putih sudah.. Ni aku share checklist aku buat sendiri lah lepas last minute punye plan.. Alhamdulillah perjalanan kitorang xde masalah pegi dan balik.. Hubs drive dari Sg Besi sampai lah ke Jurong.

Checklist:
1.    Touch N Go.
2.    Passport n kad putih. Kad putih ni kalau takde jangan risau boleh ambik nanti dekat imigresen Singapore. Nanti aku cerita macam mana.
3.    Dokumen kereta - Geran kereta dan insurans. Ni untuk apply Autopass card.
4.    Swipe AUTOPASS card dekat imigresen Singapore time masuk dan keluar.

Tips :
1.   Google Map and GPS sangat disarankan.
2.   Isi minyak penuh-penuh sebelum masuk Singapore. If lalu Tuas, boleh isi dekat RnR Gelang Patah.   



Disebabkan kitorang lalu Tuas, Touch N Go sangat penting. Sebab lepas susur ke arah 2nd Link ni, semua tol adalah tak ada Tunai. Maknanye semua laluan tol tu Touch N Go saje. Smart Taggie aku xprasan pulak. Tapi still Smart Taggie guna Touch N Go kad kan. Dari tol Sg Besi sampai tol Senai RM39.80 lebih kurang lah.. Lepas tu ada lagi dua tol, tol Lima Kedai RM3.90 dan tol Tuas kot RM7.90.. Aku tak prasan if ada lagi tol ke tak lepas tu.. Masa ni dok kalut amik gambar atas arahan hubs.. Sebok lah nak check-in..





Dekat imigresen Malaysia takde pape just bagi passport dia check then jalan.. Jalan sangat lah lengang takde kereta ok. Sampai imigresen Singapore kereta agak banyak tengah beratur nak check passport. Sampai turn, bagi passport then bagitau officer tu yang kitorang takde kad putih. Nanti dia suruh pegi depan sikit park kereta n masuk bangunan blok A kot.. hahaha aku lupa. Park keta situ then jalan masuk office blok yang depan sekali betul2 tepi tempat queue check passport. Lepas submit kad putih dan check passport, diorang akan bagi balik slip kecik kad putih. Jangan hilang kan slip nie. Nanti mase keluar diorang akan check n amik slip tu. Bergerak ke blok B pulak untuk register Autopass card.. Aku sempat amik extra kad putih buat spare untuk trip lenkali..



Autopass card ni wajib ada untuk keluar masuk Singapore, ERP dan parking dalam bandar. Kena bawak geran kereta dan insurans kereta yang terbaru. Aku bawak je semua yang bank bagi lepas renew roadtax hari tu.. Form Autopass ni ada diorang letak kat tepi bangunan tu je. Lalu memang boleh nampak. Lepas submit form tu dengan dokumen kereta dekat officer yang jaga tu, then bayar S$10. Nanti diorang akan swipe card tu untuk kitorang masuk Singapore dan bagi pamplet Autopass. Baki dalam tu ada S$4 then aku pegi 7e dekat Jurong topup lagi sebab nak meronda. Dekat imigresen ni tak sediakan service topup. Time keluar dari Singapore ni kena ingat swipe balik Autopass tu, menandakan kite dah keluar dari Singapore. Swipe dekat kaunter check passport imigresen Singapore.

Kalau masuk Singapore hari weekend, ERP adalah free. Boleh pusing satu Singapore.. hehe
Boleh refer sini untuk lebih lanjut pasai Autopass..


Before pegi aku dah google siap-siap address rumah cusin tu. Aku guna google map yang siap tunjuk persekitaran real and jalan kat situ.. Sebab jalan dari Tuas ke Jurong ni tak susah n sket je kona-kona, jadi boleh la hafal sket. Time jalan-jalan dalam Singapore, kitorang guna GPS je. GPS sangat di sarankan yea. Adik ipar aku download Sygic GPS trial version dalam tab dia. Naseb xpayah nak ada internet pun boleh guna, jadi mudah la.. hehehe

Wednesday, February 6, 2013

NICC 2013

Hari sabtu lepas bawak Izz Rafique pegi tengok game ragbi dekat UPM. Petang tu boring je tak buat ape kat rumah.. Nak pegi jalan2 pun Hubs penat coz baru balik keje pagi tu.. So dia ajak pegi tengok ragbi je..  plus dekat dengan rumah.. Jadi mari la kita..


Spiderman, Spiderman Hitam, Pasirman, Lizardman n Ben-10. 
Toys wajib bawak beside Otomen.. hehe