Background

Pages

Thursday, March 28, 2013

Apa curi??!!

Malam tadi lepas balik dari dinner, temankan husband layan citer industan, Fox. Entah channel mane.. Tapi best jugak citer dia.. Seperti biasa, layan separuh jalan je sebab terlelap time iklan..
Dalam tetido tu mimpi, dengar orang berlari.. dua orang.. Tetibe terjaga secara mengejut.. Eh dengar lagi orang berlari.. Macam kene kejar.. Tarik napas dalam2, tengok jam pukul 2pagi.. Intai ikot tingkap tak nampak sape pun.. Rumah ni tingkat 1, paling hujung ke jalan besar.. Dari hall boleh la nampak kedai kt seberang jalan tu sipi-sipi, jalan besar ngan blok sebelah..

Diorang dah lari ke tepi blok or ke jalan depan kot. Just dengar orang cakap "Apa curi??!!".. dua tiga kali dia ulang.. Yang lagi sorang senyap je.. mungkin dia cakap pelan so tak dengar.. Tetibe "ADOIII!!".. sah kene pukul lagi sorang tu.. Gerak husband cakap ada orang kejar pencuri.. Intai dari tingkap bilik, tak nampak.. Intai dari tempat sidai baju, tak nampak.. dengar jerit-jerit sket..
Husband malas layan, sambung tido balik.. Diri sendiri tak boleh nak lena dah. kejap senyap.. kejap bunyi gedebak gedebuk.. Jangan sampai mati dahla budak tu kene pukul.. Memanglah dia pencuri. Tapi kalau pukul sampai mati dah jadi kes lain pulak tuh..

Bedegup2 jantung dalam dok baring nak tido tu.. Selama lebih kurang 6 tahun dok sini tak pernah dengar kejadian macam ni.. Ke sebab memang tak pernah ambik tahu hahaha.. Memang slalu fikir area rumah nie selamat even yang tinggal kat sini termasuk la indon, bangla dan myanmar segala.. Lagipun polis memang selalu buat rondaan ngan roadblock tengah malam.. Setakat dengar cina laki bini blok depan bergaduh, gf bf melayu bergaduh rupa histeria, family india bergaduh sampai polis datang.. biasalah tu.. Tapi pencuri?? Pukul 2 tu rasa masih awal lagi.. Kedai mamak kat seberang jalan tu pun ramai dok melepak lagi.. Berani sungguh kau pencuri.. Tapi dah dapat la balasannye..

 

No comments: