Hari Isnin (3hb Jun 2013)... Perjalanan pulang ke Taiping kali ini terasa sangat jauh.. Yang selalunya zikir dan qasidah berkumandang sambil di iringi suara si pemandu dan juga penumpang... Namun kali ini hanya ayat-ayat al-Quran dan Yasin berulang kali menemani sepanjang perjalanan.. Si pemandu menumpu sepenuh perhatian di jalan sambil mulut membaca Yasin, kadang-kadang memeriksa handphone membaca berita terkini dari si penghantar.. Begitu juga dengan si penumpang.. Tangan tidak henti menaip berita terkini pada sahabat karib meluahkan perasaan..
Sesekali dengar suara si pemandu.. Hanya sepatah dua kata.. Diam kembali.. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu.. Tidak putus berdoa agar ibunda mertua tercinta kembali stabil.. Berita yang diterima dari pagi tadi sangat menghantui kotak fikiran.. Setiba tengahari keputusan untuk pulang ke Taiping di ambil.. Tepis segala suara-suara halus yang lebih ke arah negatif.. Fikir yang baik-baik saja..
Namun ketika tiba di Hospital Taiping, terpandang wajah adik-adik ipar perempuan yang sedang menangis.. Abah, Papa n Mama, Maktam dan Abg Asri ada berdekatan.. Mak terbaring di katil tidak sedar.. Dengarnye doktor sudah berikan antibiotik dan tidurkan mak.. Nurse di sebelah nye sedang mengepam oksigen sambil menunggu alat bantuan pernafasan di bawa ke wad berkenaan.. Allah.. Dugaan apakah yang engkau berikan ini.. Kami belum bersedia menghadapinya..
Nurse kata Mak masih boleh dengar, cakap lah dengan dia.. Bila mama memanggil nama Mak, nampak respon dia tangan.. Aku tak kuat untuk berhadapan dengan Mak.. Hanya mampu mengurut lengannye.. Apatah lagi si suami.. Ambil sedikit masa, lalu aku hanya mampu berkata.. Mak, Elyn balik nie.. selebihnya hanya airmata yang mengalir laju.. Aku paksa jua si Suami untuk bercakap dengan Mak.. Tak sangka itu lah kali terakhir..
Doktor kata Mak akan di masukkan ke ICU untuk di pantau sehari dua.. Kalau tahap stabil nya lepas, InsyaAllah akan baik-baik saja.. Tapi masih perlu bersedia jika apa-apa terjadi.. Semakin lama semakin ramai ipar, biras, makcik dan pakcik yang tiba.. Setiap orang mengambil peluang bercakap dengan Mak.. Membisikkan kalimah Allah di telinga nya.. Selepas solat Asar.. Tiada lagi respon dari Mak.. Hanya terbaring kaku dibantu alat pernafasan..
Ketika waktu menghampiri Maghrib.. Nurse datang untuk melihat keadaan Mak.. Kami sedang berdiri sekeliling Mak.. Aku mengurut kaki Mak yang sudah pucat dan sejuk.. Nurse minta kami beri sedikit laluan.. Ketika ini nampak keadaan agak kelam kabut.. Aku dah berasa tidak sedap hati.. Berdiri di bucu dinding terus membaca Yasin.. Mesin ditarik, doktor di panggil.. Beberapa pembantu perubatan turut sama membantu.. Airmata ipar duai sudah mengalir laju..
Seketika doktor keluar memanggil Abah dan anak-anak Mak.. Tak tau apa yang doktor bicarakan.. Aku tak mahu dengar dan masih teruskan membaca Yasin.. Airmata tidak henti mengalir waktu ini.. Dengar suara si Suami yang menangis keras.. Ya Allah.. Aku sangat takut ketika ini.. berikanlah kami kekuatan dengan apa yang bakal kami hadapi.. Kedengaran semua membaca Yasin ketika itu sambil ditemani tangisan..
Allah lebih sayangkan Mak.. Ketika azan Maghrib, Mak menghembuskan nafas yang terakhir..
Al-Fatihah buat ibu mertuaku Faridah Binti Budin..
Walau hanya setahun aku dapat bersama mak.. aku sangat menyayangi mak seperti ibuku sendiri.. Masih belum puas belajar dan berbakti dengan mak.. Namun Allah maha Mengetahui.. Kami redha dengan pemergian Mak walaupun masih tidak percaya ianya berlaku sekelip mata..
Mak.. Kami semua sayangkan Mak..
2 comments:
salam takziah utk awak sekeluarga...al-fatihah utk arwah....
Terima kasih Ina..
Post a Comment