Background

Pages

Friday, August 23, 2013

Pantang orang gugur..

Balik dari hospital hari Khamis tu, aku memang lapa gile. Dari malam tak makan ape.. Nasib ada akak aku. Dia mintak bibik masakan nasik lembik, ikan bilis goreng tumbuk ngan sup ikan siakap.. Makan panas-panas sedapppp..

Husband aku kena demam panas hari Jumaat, mebi tak cukup rehat tido. Sian dia.. tekejut kot baby dah takde. Balik keje trus terbaring gigil.. Semalaman aku dok jeram pale dia letak cool fever ngan kasik panadol. Panas kejap naik kejap turun.. Dia ni kalau demam memang truk. Pagi Sabtu pegi klinik amik ubat, tapi sebab masih puase, makan ubat pas berbuka. Haa trus kuar peluh n panas turun.. Lega.. Bleh balik Tepeng ngan tenang..


Sebelum raya, aku still makan nasi putih + sup ikan + sayur untuk lunch ngan dinner.. Breakfast horlick/susu panas ngan roti/oat.. Mama cakap pantang gugur ni lain sket dari bersalin.. Boleh la minum air banyak, tapi tak boleh amik makanan yang sejuk atau panas.. Ais memang taklah, banyak sangat lada itam pun tak boleh sebab nanti panas.. Kena yang so so je.. Urut ke tunku ke tangas ke pun takde jugak.. Tapi aku still mandi air rebusan daun-daun ape ntah untuk 3 hari.. Mama yang prepare dedaun tu.. Pakai stokin n sapu minyak panas aku buat sampai hari ni..

Aku on ubat yang hospital bagi, antibiotik + iron sampai habis. Pastu jiran aku cakap minum air akar kacang kelisa/botol bagus untuk orang gugur. Jenuh gak nak cari akar ni. Yelah takan nak p cantas pokok orang gitu je hehe.. Pastu mama dapat akar ni dekat pasar.. Anty cine yang jual tu suggest rebus dengan segenggam kurma merah. Kurma ni ada jual kat kedai ubat cine.. Aku minum air ni tiga hari.. Rasa dia ok je.. Ada bau akar pokok sket tapi kurma merah tu buat ada rasa manis..

 Gambar dari wikipedia : Ubi kacang botol
Lupa nak snap gambar kat rumah. Akar pokok dia berubi, so rebus je ubi tu dan minum air je. Ubi tak makan la..

Gambar dari blog teratakzaffendi : Kurma Merah
Kurma merah ni baik untuk memanaskan badan..

Sementara ubat hospital aku nak abis aku dok survey2 multivitamin n supplement ape yang bagus nak ambik. Since akak aku memang amik Shaklee, dia soh aku try jugak. Buat masa ni aku amik Vita-Lea + B-Complex + Zinc Complex. Supplier Shaklee ni kawan akak aku.. Izan nama dia.. Price dia offer pun menarik.. Dia suggest aku tambah ESP skali. Poket ngan tekak aku tak mampu nak tanggung banyak2 ubat. So ESP kite tunda di lain waktu..


Wassap :
Izan Shaklee
 0122767170

1 comment:

Unknown said...

Assalamualaikum..saya tgh mencari ubi kacang botol..boleh saya tahu kat mana ada jual...