Background

Pages

Monday, June 24, 2013

Teruknye jerebu oiii...

Sebelum
Beberapa bulan yang lepas..



Selepas
Beberapa minit yang lalu..


Wednesday, June 12, 2013

Meneruskan kehidupan..

Semakin hari makin terasa kehilangan Mak. Minggu ni aku dan husband dah mula kerja, lepas cuti seminggu last week.. Kesian kadang tengok husband.. Banyak berubah.. Makan pun kurang.. Terlalu terkejut dengan permergian Mak..

Alhamdulillah adik husband yang bongsu dapat melanjutkan pelajaran kat Uitm Seberang Jaya.. Sama tempat dengan kakak dia.. Taklah kami semua risau dia sorang-sorang di tempat asing.. Allah dah susun cantik segalanya.. Syukur.. Walaupun Mak tak sempat tahu perkhabaran ni dan hantar Ijah ke Uitm, kami terimanya sebagai satu hikmah di sebalik apa yang terjadi..

InsyaAllah minggu depan kami akan balik ke Tepeng lagi.. Cuti hari jumaat pun boss dah approved.. Lepas ni Abah akan tinggal berdua dengan Nani.. Ada peneman Abah sampai Sept nanti.. Nani nak sambung ijazah pulak lepas tu.. Aku ngan husband akan terus balik ke Tepeng setiap bulan macam selalu..

Inilah hikmah Mak dan Abah ada anak 9 orang.. Saling silih ganti pulang ke rumah, menjaga satu sama lain dan semuanye boleh di harapkan.. Banyak urusan Mak di dunia ni dah di selesaikan.. Alhamdulillah..


Tuesday, June 11, 2013

Kari Kapla Ikan Gerut + isi Ikan Merah..

Malam tadi masak Kari Kapla Ikan Gerut + isi Ikan Merah.. Tengok apa ja yang ada dalam peti tu masak jelah.. Nak abis kan lauk-lauk dalam peti tu.. Tak elok simpan lama-lama kann..

 
Tak berapa nak merah sangat sebab ni ada santan.. terlebih kot aku letak.. Ni kira 2nd trial lepas kembali menggunakan rempah kari Baba's.. 1st time aritu aku guna rempah kari dari Kelate.. Rasa manis lebih.. Aku tak brapa reti nak adjust.. Kata 1st timer kann.. Ni dari resipi arwah mak mertua ku..


Ni dua minggu lepas punya.. Pulut mangga ni yang aku dok teringin sangat tu.. Isi mangga tiga ketoi dia bagi.. Kawan aku si Dora bgtau ada jual kat Giant Kinrara, Restoran Mango Chilli.. Dia slalu p situ.. So lepas keje aku zass ke sana..

 Tapau glass noodle ni skali.. Tengok menu kat situ memang rasa semua nak order.. tamak lah katakan.. Tengok review orang pun tomyam dia best.. Next time datang lagi lah..
 

Saturday, June 8, 2013

Perjalanan yang paling jauh..

Hari Isnin (3hb Jun 2013)... Perjalanan pulang ke Taiping kali ini terasa sangat jauh.. Yang selalunya zikir dan qasidah berkumandang sambil di iringi suara si pemandu dan juga penumpang... Namun kali ini hanya ayat-ayat al-Quran dan Yasin berulang kali menemani sepanjang perjalanan.. Si pemandu menumpu sepenuh perhatian di jalan sambil mulut membaca Yasin, kadang-kadang memeriksa handphone membaca berita terkini dari si penghantar.. Begitu juga dengan si penumpang.. Tangan tidak henti menaip berita terkini pada sahabat karib meluahkan perasaan..

Sesekali dengar suara si pemandu.. Hanya sepatah dua kata.. Diam kembali.. Dalam hati hanya Allah saja yang tahu.. Tidak putus berdoa agar ibunda mertua tercinta kembali stabil.. Berita yang diterima dari pagi tadi sangat menghantui kotak fikiran.. Setiba tengahari keputusan untuk pulang ke Taiping di ambil.. Tepis segala suara-suara halus yang lebih ke arah negatif.. Fikir yang baik-baik saja..

Namun ketika tiba di Hospital Taiping, terpandang wajah adik-adik ipar perempuan yang sedang menangis.. Abah, Papa n Mama, Maktam dan Abg Asri ada berdekatan.. Mak terbaring di katil tidak sedar.. Dengarnye doktor sudah berikan antibiotik dan tidurkan mak.. Nurse di sebelah nye sedang mengepam oksigen sambil menunggu alat bantuan pernafasan di bawa ke wad berkenaan.. Allah.. Dugaan apakah yang engkau berikan ini.. Kami belum bersedia menghadapinya..

Nurse kata Mak masih boleh dengar, cakap lah dengan dia.. Bila mama memanggil nama Mak, nampak respon dia tangan.. Aku tak kuat untuk berhadapan dengan Mak.. Hanya mampu mengurut lengannye.. Apatah lagi si suami.. Ambil sedikit masa, lalu aku hanya mampu berkata.. Mak, Elyn balik nie.. selebihnya hanya airmata yang mengalir laju.. Aku paksa jua si Suami untuk bercakap dengan Mak.. Tak sangka itu lah kali terakhir.. 

Doktor kata Mak akan di masukkan ke ICU untuk di pantau sehari dua.. Kalau tahap stabil nya lepas, InsyaAllah akan baik-baik saja.. Tapi masih perlu bersedia jika apa-apa terjadi.. Semakin lama semakin ramai ipar, biras, makcik dan pakcik yang tiba.. Setiap orang mengambil peluang bercakap dengan Mak.. Membisikkan kalimah Allah di telinga nya.. Selepas solat Asar.. Tiada lagi respon dari Mak.. Hanya terbaring kaku dibantu alat pernafasan.. 

Ketika waktu menghampiri Maghrib.. Nurse datang untuk melihat keadaan Mak.. Kami sedang berdiri sekeliling Mak.. Aku mengurut kaki Mak yang sudah pucat dan sejuk.. Nurse minta kami beri sedikit laluan.. Ketika ini nampak keadaan agak kelam kabut.. Aku dah berasa tidak sedap hati.. Berdiri di bucu dinding terus membaca Yasin.. Mesin ditarik, doktor di panggil.. Beberapa pembantu perubatan turut sama membantu.. Airmata ipar duai sudah mengalir laju.. 

Seketika doktor keluar memanggil Abah dan anak-anak Mak.. Tak tau apa yang doktor bicarakan.. Aku tak mahu dengar dan masih teruskan membaca Yasin.. Airmata tidak henti mengalir waktu ini.. Dengar suara si Suami yang menangis keras.. Ya Allah.. Aku sangat takut ketika ini.. berikanlah kami kekuatan dengan apa yang bakal kami hadapi.. Kedengaran semua membaca Yasin ketika itu sambil ditemani tangisan..
Allah lebih sayangkan Mak.. Ketika azan Maghrib, Mak menghembuskan nafas yang terakhir..

Al-Fatihah buat ibu mertuaku Faridah Binti Budin..
Walau hanya setahun aku dapat bersama mak.. aku sangat menyayangi mak seperti ibuku sendiri.. Masih belum puas belajar dan berbakti dengan mak.. Namun Allah maha Mengetahui.. Kami redha dengan pemergian Mak walaupun masih tidak percaya ianya berlaku sekelip mata..

Mak.. Kami semua sayangkan Mak..