Background

Pages

Wednesday, June 12, 2013

Meneruskan kehidupan..

Semakin hari makin terasa kehilangan Mak. Minggu ni aku dan husband dah mula kerja, lepas cuti seminggu last week.. Kesian kadang tengok husband.. Banyak berubah.. Makan pun kurang.. Terlalu terkejut dengan permergian Mak..

Alhamdulillah adik husband yang bongsu dapat melanjutkan pelajaran kat Uitm Seberang Jaya.. Sama tempat dengan kakak dia.. Taklah kami semua risau dia sorang-sorang di tempat asing.. Allah dah susun cantik segalanya.. Syukur.. Walaupun Mak tak sempat tahu perkhabaran ni dan hantar Ijah ke Uitm, kami terimanya sebagai satu hikmah di sebalik apa yang terjadi..

InsyaAllah minggu depan kami akan balik ke Tepeng lagi.. Cuti hari jumaat pun boss dah approved.. Lepas ni Abah akan tinggal berdua dengan Nani.. Ada peneman Abah sampai Sept nanti.. Nani nak sambung ijazah pulak lepas tu.. Aku ngan husband akan terus balik ke Tepeng setiap bulan macam selalu..

Inilah hikmah Mak dan Abah ada anak 9 orang.. Saling silih ganti pulang ke rumah, menjaga satu sama lain dan semuanye boleh di harapkan.. Banyak urusan Mak di dunia ni dah di selesaikan.. Alhamdulillah..


No comments: