Background

Pages

Friday, May 17, 2013

Langkawi Trip - Day 1

Bersempena 1st wedding anniversary aritu, awal-awal lagi dah plan nak ke Langkawi. Mase honeymoon last year pun memang pegi Langkawi. Tapi tak puas hati sebab ada tempat yang tak pegi n tak join mandi mase island hopping. Balik je dari Langkawi, trus husband cakap nak pegi lagi next year. Alhamdulillah Allah makbulkan..

Kali nie stay chalet tepi Pantai Chenang - Langkapuri Inn.. Betul-betul kat pantai. Best sangaatt.. Bilik dia ok pada kami sebab bersih, luas dan harga pun berpatutan. Cuma takde cordless kettle untuk masak air panas, tapi boleh ambik dekat cafe.. Iron mintak siap-siap dekat receptionist sebelum masuk bilik, coz takde phone dalam bilik.. Bilik kami tingkat atas, nak naik turun memang la malas.. hehehe..



Hari 1st aktiviti adalah ke Cable Car. Esoknye dah tutup sebab annual maintenance. Ini lah yang terlepas nak pegi last year di sebabkan maintenance tu.. Time beli tiket, akak kaunter dah cakap, amik masa sejam setengah untuk dapat naik. Memang ramai orang dan long queue sampai ke tingkat atas. Tapi Allah permudahkan buat kami.. Bila naik ke tingkat atas, adik yang jaga gondola tu tanye "Berapa orang?".. Kami jawab berdua.. Trus dia buka laluan ke gondola. Ramai yang datang berkerluarga, ada yang muat satu gondola.. ada yang tak penuh.. Untuk cukupkan satu gondola 6orang, kami yang berdua ni join satu family lain.. Syukur sangat..



 Telaga Tujuh




Skybridge close for maintenance.. sedih..




Sampai kat bawah, kami pegi nonton 6D Cinema.. Mungkin cerita yang kami tengok tu tak brape nak best, jadi tak feeling langsung. Rasa terhoyong hayang je lebih.. Angin air semua tak keluar.. Bosan heh..

Balik dari cable car, mandi laut jap.. Ramai orang n meriah je sepanjang pantai. Malam kami jalan kaki je cari dinner.. Banyak seafood restoran kat Chenang tu, pilih je nak yang mane..

Langkapuri Inn
email : info@langkapuri-inn.com
website : http://www.langkapuri-inn.com
blog : http://langkapuri-inn.blogspot.com/
tel : 04 955 1202 / 04 955 3453 

Langkawi Travellers (sewa kereta)
En Ismail : 013 3814159
Abg Zul : 016 4144159
 

2 comments:

Anonymous said...

wahhh bestnya p langkawi....share la harga chalet tu bape smlm,kot2 nti p boleh stay sana...nampak bilik pun mcm ok sgt

nylezz said...

Ina..
satu malam rm160, untuk bilik di bangunan baru.. tingkat atas..
gambar bleh refer kat blog dia.. Kami lupa nak amik gambar hehe