Background

Pages

Monday, May 20, 2013

Langkawi Trip - Day 2

Aktiviti hari ke-2 ialah island hopping.. Tasik Dayang Bunting + Eagle Feeding + Pantai Beras Basah = RM25/seorang.. Last year kami beli dekat agen di jeti Kuala Perlis, RM35/seorg. Rogi doploh ringgit kat situ.. Kali ni cerdik sikit, so kami beli dekat area Chenang je. Agen-agen yang jual pakej ni akan buka meja waktu malam kat sepanjang kaki lima jalan.. So mase pegi dinner malam tadi, kami singgah beli dekat agen under En Ahmad.. Lupa pulak nak simpan no phone dia.. 



Breakfast dulu di hotel kenyang-kenyang.. Susah nak dapat makanan mase island hopping.. Hanya ada jual kat Beras Basah, tu pun makanan ringan dan harga mahal.. Kami bawak bekal roti, jem, maggi in cup, mineral water dan flusk air panas..






Eagle Feeding.. Disebabkan ada bot lain yang bagi makanan ke Helang ni, bot kami hanya tengok jelah dari jauh.. Takde la bagi makanan..

Dekat Pantai Beras Basah dah malas nak ambik gambar. Kami bekelah makan megi ngan mandi manda.. Beza sangat dengan trip last year.. Dulu kami tak mandi dekat Tasik Dayang Bunting mahupun kat Beras Basah. Just lepak tepi main-main air je.. Sedangkan group satu bot yang lain mandi sakan. Abang bawak bot kami siap bagi helang makan dan bawak ke tempat sangkar ikan. Tahun nie, group satu bot pulak jenis tak mandi, main-main air je.. Kami mandi dekat Dayang Bunting sampai lewat tiba dekat bot hahaha.. Menung je yang lain tunggu. Sorry abangs akaks and aciks..

Balik dari Island Hopping trus ke hotel.. Sebab kami bawak kereta ke jeti, jadi tak perlu lah tunggu van dan ahli group yang lain berkumpul.. Jimat masa di situ.. Memang suggest sangat drive sendiri ke jeti. Lepas hilang penat, keluar pulak cari makan tengahari ngan melawat Underwater World..

Ticket : RM28/person (adult with myKad)
Operation hour : 10.00am – 6.00pm

 









Keluar dari Underwater World, kami ke Haji Ismail Group ngan Idaman Suri di Kuah.. List order coklat ngan Pemanggang Ajaib Ismail Group sedia menanti..

 Harga Tefal ni macam mahal sket je..

Memandangkan semalamnye 1st wedding anniversary dan hari kejadian adalah besday tuan tanah, konon nak bercandle light dinner lah sangat.. Pilih Restoran Telaga kat Chenang, tapi agak mahal restoran nie..

 Sambal sotong ni sedappp..

Muka yang dah berlengas minyak bagai..


No comments: