Ticket : RM15/person (adult with myKad)
Baby Buaya..
Bapak Buaya.. Ada lagi yg lebih besar dari nie..
Berkumpul untuk makan time.. Makin lama makin byk buaya.. Menakutkan..
Best jugak la pegi Taman Buaya sebab dapat tengok acara bagi makan boya hehe.. Tapi memang kebanyakan yang datang adalah berumur 20 tahun ke atas.. ada dua family je bawak budak-budak..
Actually Taman Boya adalah tidak tertulis dalam listing untuk melawat. Kami nak ke Telaga Air Hangat, Pantai Pasir Itam, Pusat Kraftangan, Galeria Perdana ngan Kilim Geoforest. Semua ni satu jalan yang sama menghala ke Kuah. Masuk entrance Telaga Air Hangat nampak macam boring. Last datang sini dulu pun dah tak best sangat macam sebelum tu.. So trus keluar menghala Pantai Pasir Hitam. Mase otw tu lah nampak sign board Crocodile Farm.
Dekat Pantai Pasir Hitam singgah seminit je. Sebab dah panas terik, tak mampu dah nak bersantai tepi pantai.. Skip jugak ke Pusat Kraftangan, trus ke Galeria Perdana.. Rasa makin besar pulak galeria ni.. Penat nak habiskan 2 bangunan.. So ada setengah tempat jalan laju-laju je..
Ticket : RM5/person (adult with myKad)
Operation Hour : 8:30am – 6pm
Tak salah ni dari Myanmmar.. Bahagian baju Tun tu dari batu permata kecik-kecik yang di susun..
Banyak gila hadiah Tun ni.. Dari macam-macam negara.. Tapi paling best ada lukisan budak-budak tadika.. Teruja tengok sampai tak sempat nak snap. Macam tepikir, lukisan adik-adik kita, anak-anak kita pun belum tentu kita simpan kan. Lukis bendera ke orang ke bangunan ke, pun senget-senget.. Tapi masih di hargai dan di pamerkan..
Selesai di Galeri Perdana, kami trus ke Kuah. Aktiviti kat Kilim Geoforest amik masa 2-3jam jugak.. Macam tak sempat dah time tu, jadi cancel jelah. Feri pukul 4petang. Naseb dah beli tiket siap-siap hari sebelumnye. Kami singgah di bangunan Pekan Rabu untuk lunch pastu hantar kereta sewa dekat bagunan bersebelahan tu. Lepas abg keta sewa tu hantar ke jeti, kami trus masuk untuk cek di kastam dan naik feri.. Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar..
Kami pasti kembali ke Langkawi lagi jika ada rezeki.. Mungkin tahun ini atau tahun depan..
Kami pasti kembali ke Langkawi lagi jika ada rezeki.. Mungkin tahun ini atau tahun depan..
No comments:
Post a Comment